SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN JAS TERHADAP PERKHIDMATAN ICT JABATAN ALAM SEKITAR
2. Untukmakluman YBhg. Dato’ Sri/ Datuk / Dato'/ Datin / Tuan / Puan, BahagianTeknologi Maklumat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menjalankan soal selidikbertujuan untuk mendapatkan maklum balas kepuasan pelanggan terhadap kemudahanICT dan sistem aplikasi yang disediakan untuk kegunaan pelanggan JAS. Maklumbalas ini akan diguna pakai dalam pembangunan Pelan Strategik TeknologiMaklumat dan Komunikasi (PSTMK) JAS bagi tempoh 2016-2020.
3. Sukacita sekiranyapihak YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Tuan / Puan dapat memberikerjasama dengan melengkapkan borang soal selidik ini dan memberikan pandangandan cadangan tambahan, sekiranya ada. Penemuan soal selidik ini amat bergunadalam membantu pihak pengurusan merancang dan melaksanakan program-program yangbersesuaian di masa hadapan.
4. Sukacita dipohonsekiranya YBhg. Dato’ Sri / Datuk / Dato'/ Datin / Tuan / Puan selaku respondendapat melengkapkan soal selidik tersebut selewat-lewatnya sebelum ataupada 15 April 2016 dengan mengisi secara atas talian (online)melaluipautan URL yang berikut:
Soal Selidik Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan ICT JAS
5. Segala maklumatyang diberikan akan dirahsiakan dan hanya angka-angka umum sahaja akandianalisis dan digunakan bagi tujuan penyediaan laporan dan penambahbaikan.Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
URUSETIA
PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI(PSTMK)
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
JABATAN ALAM SEKITAR