PENGUMUMAN: PELAPORAN OER BAGI PREMIS YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Dimaklumkan bahawa pelaporan melalui sistem OER adalah wajib untuk dilengkapkan bagi premis yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam hal ini, pihak premis masih perlu meneruskan pelaksanaan Performance Monitoring (PM) dan juga Compliance Monitoring (CM).


Bagi tujuan pelaporan sepanjang tempoh PKP ini berkuatkuasa, sampel efluen terawat perlu diambil dan dianalisis di inhouse lab masing-masing dan/ atau secara insitu measurement. Antara parameter yang boleh dilengkapkan termasuk pH, Suhu, DO, COD,BOD, SS, Oil & Grease, Ammoniacal Nitrogen dan total Nitrogen . Hasil analisa berkenaan perlu dimaklumkan sebagai "analisa inhouse lab/ in-situ measurement semasa PKP" pada catatan di ruangan "Reasons Of Incompliance".


Sekian, Dimaklumkan.

The site is best viewed in IE Version 11, Mozilla Firefox or Google Chrome.


Jabatan Alam Sekitar, Malaysia
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Aras 1-4, Podium 2-3, Wisma Sumber Asli, No.25, Persiaran Perdana, Presint 4, 62574 W.P. PUTRAJAYA
General Line: 03 - 8871 2000 / 8871 2200 Fax Number : 03 - 8889 1973/75